Tuesday, May 27, 2014

Ada bezanya
antara kuat & 'acah acah' kuat.
Walaupun dunia ni cuba menjatuhkan semangat,
walaupun bermacam angin cuba nak tumbangkan diri,
kau mampu memberi senyuman ikhlas,
kau tak ikut arus negatif, kau menceriakan suasana.
Kau menangis jika terasa bisa,
tapi gelakkan peristiwa itu selepasnya.
Itu kuat.
Tapi kalau hanya mampu memberi senyuman di depan mata orang
tapi bila belakang khayalak ramai,
terperuk dalam dalam diri yang gelap,
memikirkan setiap kesalahan,
menyalahkan diri, menyalahkan dunia
membuang setiap saat
terutamanya bila bulan menerangi.
Kalau hanya mengatakan "I'm fine"
tetapi kau tak bermaksud,
kau terasa penat dengan dunia,
kau give up tapi kau rasa kau tak boleh putus harapan.
Sebab kau terpaksa, kau tersekat.
Kau menangis, menangis, dan menangis,
membuang air mata di belakang dunia luar.
Kau rasa kau hilang arah
tapi berpura-pura kau reti menjaga diri.
Kau mengikut arus kesedihan,
kau teringat-ingatkan diri kau tentang apa yang kau sedihkan setiap malam.
Itu acah acah.

Ada bezanya
antara sedih & 'buat buat' sedih.
Perasaan kehilangan sesuatu atau seseorang yang tersayang
disebabkan atau bukan disebabkan diri sendiri;
memang tidak boleh diendahkan rasa
bak dicucuk dengan screwdriver bertubi-tubi.
Walaupun kau kuat mana, kau kena rasa sedih.
Untuk mengingatkan kau, dunia ni bukan sentiasa gembira.
Sedih tu bila kau menangis, kau lega selepas tu.
Sedih tu bila kau nyanyi kuat-kuat, kau rasa beban kau makin lama makin ringan.
Sedih tu hanya sementara, walaupun tiada siapa nak rasa kesedihan.
Itu sedih. Tidak dapat dielakkan.
Tapi kalau kau meleretkan masalah,
kau yang mahu berasa sedih untuk simpati,
menonjolkan diri kau,
kau juga membuang masa.
Kau dah ada peluang nak meneruskan hidup kau,
kau mensia-siakan dengan menangis setiap saat,
meminggir dunia dari diri yang kononnya sedih yang teramat,
padahal kau boleh hilangkan rasa sakit
dengan melakukan pelbagai cara.
Tapi kau sanggup keseorangan,
tapi masih mahu orang kesiankan kau
terang-terangan.
Itu buat buat.

Aku tak tahu yang mana satu salah,
aku tak tahu yang mana satu betul.
Aku tak tahu yang mana satu aku.
Aku mungkin semua di atas,
tapi aku rela tak rasa apa apa.
Sebab aku tak penat,
aku tak gembira,
aku tak keseorangan,
tapi aku masih menangis.
Semua menangis.

Sakit.

No comments:

Post a Comment