Wednesday, April 30, 2014

"Satu nafsu sial"

"Kau pendiam, tulisan kau berbunyi simpati dan naif - 
kau berjaya
Orang pandang kau baik, orang pandang aku jahat- 
buta buta

Tak perlu aku hebah perkara sebenar pada satu taman permainan, seperti anak kecil
Cukup aku dan Tuhan saja tahu, pergi jahanam dengan yang lain

Mana kau nak cari bekas kekasih seperti aku?
Yang tak membalas fitnah dan canang buruk?

Yang keluarga kau caci dan pada rakan kau tokok cerita,
namun aku masih menegur sapa dan mendoa bahagia?

Aku rasa tolol, tiap kali kau bertanya khabar,
aku layankan
Kemudian berakhir dengan permintaan kau yang bukan-bukan

Aku rasa bodoh, tetap mahu percaya niat persahabatan
Tapi kau celaka, atas redha aku kau ambil kesempatan

Melampau, ini bukan kali pertama
Tanpa silu kau ajak aku berdua-dua

Kalaupun hati aku belum dipunyai, tak bermaksud aku
boleh jadi singgahan

Kalaupun aku peduli kau sebagai kawan, tak bermakna
aku boleh jadi lampiasan

Jangan lupa, dulu aku tinggalkan kau kerana maruah aku
kau letak bawah tapak kaki
Aku fikir kau sudah matang menilai wanita,
tapi bertuah! Banyak lagi perlu kau pelajari

Sedih aku lihat kau, si hipokrit
Berambuslah, carilah kau seorang isteri

Aku bukan salah satu sembilan akal
Yang kau guna untuk penuhi satu nafsu sial."

- 'Langit Vanilla', Wany Ardy

No comments:

Post a Comment