Thursday, April 17, 2014

Kalau kau tak kisah langsung, jangan baca.

Aku rasa kalau aku fikir pasal perasaan aku je, aku takkan sesenang lepaskan apa yang aku sayang. Aku takkan berhenti kisah. Kalau aku fikir pasal diri aku sendiri, aku takkan senang mengalah walaupun ia gagal menjadi milik aku. Aku patut kalahkan semua hanya untuk dapatkan apa yang aku perlu, apa yang aku sayang. Aku cuba memahami tentang keadaan semata-mata taknak kehilangan semua tu.

Tapi akhirnya, aku mengalah. Aku lepaskan. Aku yang sakit ke, aku yang merana ke, aku rasa aku patut tak kisah. Aku tak makan minum ke, tak tidur ke, aku je yang kena lepaskan & berubah balik jadi normal. Aku yang senyap. Aku yang menangis dalam diam, aku fikir aku penyebab semuanya tak menjadi. Aku cuba memahami tapi aku sakit bila aku fikir pasal semua benda ni. Aku menangkan orang lain, aku berhenti mencuba. Aku yang kena sedaya upaya lupakan semua. Pada masa yang sama, aku cakap macam ni pada diri sendiri bukan nak tunjuk aku pathetic.

Ini semua sebab aku fikir, kalau aku fikir pasal perasaan aku je pun, tak guna. Walaupun aku perlukannya lebih dari orang lain, aku fikir pasal perasaan mereka & aku kuatkan diri aku untuk mengatakan "Aku tak perlukannya lagi, kau boleh ambil." kerana aku yang kena sedarkan diri yang ia tak menyebelahi aku. Aku mengalah sebab aku fikir aku takkan kehilangannya tapi berlaku sebaliknya, tapi kadang kala aku rasa aku bodoh juga bila fikir pasal perasaan orang je.

Tapi bak kata ramai orang, even satu suara dari satu sudut dalam diri aku sendiri; "Kuat mana aku & kau mencuba, kalau dah bukan untuk kita, nak buat apa lagi kan?"

Tapi bila mengalah, tak semestinya aku yang kalah. Bila senyap, tak semestinya aku lemah. Diam membisu tak semestinya bodoh & tak tahu apa apa. Buat muka toya bila orang buat borak pasal benda tu, tak semestinya tak kisah langsung. Sakit mana pun keadaan tu, aku akan sentiasa cuba terima kenyataan. Aku yang cuba buat bodoh. Dan aku buat semua ni, bukan sebab aku rasa aku fikir pasal orang atau diri sendiri.

Mungkin susah sesetengah orang nak memahami macam mana rasanya jadi seseorang yang selalunya kena mengalah dengan keadaan
(sama ada mereka yang selalu dapat apa mereka nak, mereka yang menyebabkan orang lain mengalah atau mereka senang dapat menggantikan perasaan sedih tu secepat yang mungkin)
tapi rasanya sakit bila dah perasan
yang selama ni asyik kau je yang mengalah untuk menangkan orang lain walaupun kau tahu bukan semuanya salah kau.
Aku sendiri pun dah tak tahu nak rasa apa sekarang. Aku rasa kosong. Sunyi tak sangat, tapi kosong.

Doakan je lah apa yang terbaik.
Kalau kau rasa benda yang sama, welcome to the club. Kalau tidak, ikut hati kau nak rasa apa lepas baca benda alah ni.
Sebab aku mungkin takkan berhenti menjadi 'lemah' dalam pandangan sesetengah orang
tapi aku sendiri tahu macam mana aku tahan dengan semua kecelakaan yang aku lalui.
Ya, aku kuat.
Sakit, sedih, pedih, kecewa, aku yang rasa.
Kalau aku tak kuat, mungkin aku takkan sambung menghargai kehidupan yang Allah telah beri.
Hidup pun masih panjang.

Kalau kau rasa kau tak kisah langsung apa yang aku cuba luahkan & rasa banyak 'negative vibes', jangan langsung jenguk semua kisah pasal aku.

No comments:

Post a Comment